Kes harian meningkat semula

PUTRAJAYA 6 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan walaupun masih di bawah 10,000 kes apabila mencatatkan 9,380 kes berbanding 8,817 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,303,837.

Empat negeri merekodkan angka empat digit didahului Sarawak yang mencatatkan 1,503 kes berbanding semalam 1,361, Kelantan 1,170 (1,063), Selangor 1,116 (1,348)

dan Johor 1,105 (886).

Enam negeri melepasi 500 kes didahului Sabah 790 berbanding 805 semalam, Terengganu 704 (356), Perak 629 (473), Pulau Pinang 623 (595), Kedah 556 (576), dan Pahang 511 (696).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan 214 kes berbanding 217 semalam, Melaka 200 (246), Negeri Sembilan 191 (122), Perlis 42 (47), Wilayah Persekutuan Putrajaya 18 (23) dan Labuan lapan kes berbanding 47 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment