Kes, kematian, vaksinasi meningkat

PUTRAJAYA 6 Okt. – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 235.6 juta dan 4.814 juta kematian ketika dunia sudah mendaftar atau menyuntik lebih 6.34 bilion dos vaksin Covid-19  setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University pagi ini, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 43.9 juta kes positif dan 704,000 kematian manakala China mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

India merekodkan lebih 33.8 juta kes dan Brazil lebih 21.4 juta kes diikuti

United Kingdom mencatat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina mencatatkan angka melebihi 5 juta diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi melebihi 4.2 juta kes

diikuti Filipina lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.2 juta kes, Thailand dengan 1.6 juta kes, manakala Singapura lebih 109,000 kes.

Sementara itu, Brazil merekodkan lebih 598,000 kematian , India lebih 449,000, Mexico lebih 279,000, Rusia hampir 208,000 kematian manakala United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia dengan 26,000 kes, manakala Thailand lebih 17,000 angka korban.

Sementara itu, India merekodkan sebanyak 921 juta dos vaksin yang sudah disuntik diikuti AS lebih 396 juta dos, Brazil mencatat lebih 242 juta dos, Jepun 168 juta dos manakala Turki, Jerman dan Mexico melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 149 juta dos

diikuti Thailand dengan lebih 55 juta dos, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta dos manakala Singapura pula merekodkan jumlah lebih 9 juta dos vaksin

Related posts

Leave a Comment