Lakukan ujian kendiri

PUTRAJAYA 6 Okt. – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum.

“Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur. Jaga keselamatan mereka,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Beliau berkata, hanya tinggal 1.6 peratus (belum divaksinasi lengkap) sebelum sempadan negeri dibuka.

Kini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih ke ujian simptomatik.

Related posts

Leave a Comment