Thailand catat 9,866 kes baharu

BANGKOK 6 Okt. – Buat hari ketiga, Thailand merekodkan kes jangkitan di bawah 10,000 kes apabila 9,866 kes dilaporkan hari ini berbanding 9,869 semalam dan 9,930 pada 4 Oktober lalu.

Jumlah kematian pula 102 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 92 kes semalam dan 97 pada 4 Oktober lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,667,097 kes dan 17,305 kematian.

Terdapat 9,821 kes dalam kalangan orang awam termasuk 16 kes import dan 45 orang dalam kalangan banduan.

Semalam, 10,115 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Bangkok merekodkan 22 kematian dan 1,208 kes baharu.

Empat wilayah di selatan merekodkan 1,922 kes baharu termasuk Narathiwat 501, Yala 446 dan Pattani 309.

Sementara itu, 16 kes import melibatkan ketibaan dari Sweden (4), Jepun (1), Myanmar (5), Qatar (2), Amerika Syarikat (1), Rusia(1), Switzerland (1) dan Kemboja  (1).

Sebanyak 108,022 orang sedang menerima rawatan di hospital termasuk 3,017 pesakit kritikal dan 720 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment