Singapura catat rekod baharu

SINGAPURA 6 Okt. – Selepas merekodkan penurunan kes harian Covid-19 selama tiga hari, Singapura kembali mencatatkan peningkatan kes sehingga mencecah 3,486 semalam dengan sembilan kematian setakat pukul 12.00 tengah hari.

Angka tersebut mengatasi jumlah yang direkodkan pada 1 Oktober lalu dengan 2,909, diikuti 2,356 (2 Okt.), 2,057 (3 Okt) dan 2,475 (4 Okt.).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 109,804 dengan 130 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sembilan penduduk yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 itu berusia antara 64 dengan 90 tahun, melibatkan enam lelaki dan tiga wanita warga Singapura dan Penduduk Tetap.

Empat daripada mereka sudah lengkap divaksinasi, dua sudah menerima satu dos manakala tiga lagi belum divaksin. Mereka juga mempunyai masalah kesihatan.

Dalam kalangan kes baharu ini sebanyak 3,480 adalah jangkitan tempatan termasuki 2,767 kes dalam masyarakat dan 713 penghuni asrama pekerja .

Dalam satu kenyataan malam tadi MoH juga melaporkan enam kes import

Sementara itu, MoH juga memaklumkan lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung selama dua minggu lagi hingga 24 Oktober.

Langkah itu susulan beberapa kelompok baharu Covid-19 dikesan di kemudahan jagaan warga emas sepanjang dua minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment