Kes positif harian Indonesia 1,404

JAKARTA 5 Okt. – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini naik sedikit menjadi 1,404 kes berbanding 922 yang dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,221,610. Kes sembuh pula mengatasi kes harian dengan merekodkan 2,558 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 4,049,449 orang dengan kes aktif sebanyak 29,823 kes, pertambahan 1,231 kes. Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia, jumlah keseluruhan kematian adalah 142,338 orang termasuk 77 kematian yang dilaporkan hari ini. Sementara itu, sebanyak 715,527 individu menerima dos pertama hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

Thailand catat 9,869 kes

BANGKOK 5 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan merekodkan 9,869 kes serta 92 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,657,231 kes dan 17,203 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 9,596 kes dalam kalangan orang awam dan 273 dalam kalangan banduan . Semalam, kes baharu yang direkodkan adalah 9,930 manakala kematian pula seramai 97 orang manakala pesakit sembuh 11,152. Bagi kes kematian, umur mangsa adalah antara 33 dan 97 tahun termasuk tiga warga Myanmar. Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 23 orang dan pada masa yang sama mencatatkan…

Read More

Kes baharu Filipina 9,055

MANILA 5 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,055 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,613,070 kes. Setakat pukul 5.30 petang ini, tiada laporan kematian dilaporkan sementara 12,134 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,471,165 orang pulih atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 103,077, berkurangan berbanding 106,160 semalam. Sementara itu, terdapat tujuh makmal yang tidak dapat mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19  (CDRS). Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, tujuh makmal ini menyumbang kira-kira 1.9 % daripada semua sampel yang…

Read More

140 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 5 Okt. – Sebanyak 140 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam termasuk satu kes import yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 8,044 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Awang Haji Md. Isham Jaafar berkata, empat kluster baharu dikesan iaitu kluster rumah persendirian yang merekodkan 31 kes manakala kes import melibatkan ketibaan dari Limbang, Sarawak pada 4 Oktober lalu. Dua kluster – Kluster Jabatan Imigresen dan Kluster Samima – dututup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari manakala jumlah kluster masih aktif adalah 144. Bercakap pada…

Read More

Singapura mansuh Akta Hasutan

SINGAPURA 5 Okt. – Parlimen hari ini memansuhkan Akta Hasutan yang digubal 83 tahun lalu, yang disifatkan Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam sebagai “perundangan ekstrim” dengan beberapa peruntukan relevan digantikan dengan undang-undang lain yang lebih tersasar. Akta tersebut antara lain menjadikannya satu kesalahan jenayah bagi kelakukan yang mempunyai unsur hasutan dan menggalak kebencian terhadap Pemerintah. Shanmugam semasa berucap mengenai Rang Undang-Undang (Pemansuhan) Hasutan berkata, akta dari zaman penjajahan Britain itu kini tidak lagi relevan dan sememangnya sudah lama tidak digunakan,. Beliau yang juga Menteri Undang-Undang berkata: “Kecenderungan untuk meluahkan…

Read More

SPR bincang PRN Melaka

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker, Ab Rauf Yusoh berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kata Setiausahanya, Ikmalrudin Ishak. Beliau berkata berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, Pilihan Raya Negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran. “SPR akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian,” katanya hari ini. Ab Rauf sebelum itu dalam kenyataannya berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkenan membubarkan DUN berkuat kuasa…

Read More

Selangor catat peningkatan

PUTRAJAYA 5 Okt. – Selepas merekodkan jumlah kes di bawah 1,000,  Selangor hari ini mencatatkan 1,348 berbanding 686 semalam, negeri kedua yang mencatatkan kes harian tertinggi selepas Sarawak yang merekodkan 1,361 kes. Semua negeri mencatatkan pertambahan kes walaupun berlaku peningkatan dan penurunan harian berbanding semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,294,457 selepas 8,817 lagi kes dilaporkan hari ini. Sementara itu, Johor hari ini melepasi angka 200,000 kes selepas 886 kes harian yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 200,834 kes. Selain Selangor dan Sarawak yang melaporkan…

Read More

Australia belum terima pelancong

CANBERRA: Australia tidak akan menerima kemasukan pelancong antarabangsa sehingga tahun depan, kata Perdana Menteri Scott Morrison. Bagaimanapun keutamaan tinggi diberi kepada pekerja asing berkemahiran dan pelajar-pelajar. Minggu lalu, beliau menggariskan rancangan untuk membenarkan warga dan penduduk tetap yang sudah divaksin untuk melakukan penerbangan ke luar negara mulai November selepas larangan perjalanan yang ketat dilaksanakan Mac 2020. Katanya, selepas warga Australia, keutamaan seterusnya adalah pekerja asing yang berkemahiran dan pelajar antarabangsa yang memasuki Australia. Selepas itu, barulah ia akan menyambut ketibaan pelancong antarabangsa. Morrison berkata Australia dijangka akan menepati sasaran vaksinasinya…

Read More

RM72.72 juta kompaun SOP dikutip

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Rakyat Malaysia atau penduduk negara ini telah membayar kompaun RM72.72 juta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak tahun lalu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan nilai tersebut merupakan kutipan sehingga 31 Ogos tahun ini. Menurut jawapan bertukis, jumlah bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini ialah 181,704 kompaun. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) yang ingin tahu bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini dan jumlah nilai kutipan kompaun…

Read More