Kes baharu Filipina 9,055

MANILA 5 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,055 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,613,070 kes.

Setakat pukul 5.30 petang ini, tiada laporan kematian dilaporkan sementara

12,134 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,471,165 orang pulih atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 103,077, berkurangan berbanding 106,160 semalam.

Sementara itu, terdapat tujuh makmal yang tidak dapat mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19  (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, tujuh makmal ini menyumbang kira-kira 1.9 % daripada semua sampel yang diuji dan 0.9 % daripada semua individu positif.

Related posts

Leave a Comment