Selangor catat peningkatan

PUTRAJAYA 5 Okt. – Selepas merekodkan jumlah kes di bawah 1,000,  Selangor hari ini mencatatkan 1,348 berbanding 686 semalam, negeri kedua yang mencatatkan kes harian tertinggi selepas Sarawak yang merekodkan 1,361 kes.

Semua negeri mencatatkan pertambahan kes walaupun berlaku peningkatan dan penurunan harian berbanding semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,294,457 selepas 8,817 lagi kes dilaporkan hari ini.

Sementara itu, Johor hari ini melepasi angka 200,000 kes selepas 886 kes harian yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 200,834 kes.

Selain Selangor dan Sarawak yang melaporkan kes empat angka, turut sama Kelantan dengan 1,063, berbanding 1,020 semalam.

Sementara itu Sabah merekodkan 805 kes, Pahang (696), Kedah (576), Pulau Pinang (595), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga).

 

Related posts

Leave a Comment