RM72.72 juta kompaun SOP dikutip

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Rakyat Malaysia atau penduduk negara ini telah membayar kompaun RM72.72 juta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan nilai tersebut merupakan kutipan sehingga 31 Ogos tahun ini.

Menurut jawapan bertukis, jumlah bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini ialah 181,704 kompaun.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) yang ingin tahu bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini dan jumlah nilai kutipan kompaun yang diterima.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan boleh mendapatkan potongan 50 peratus, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

Pada masa sama, mereka yang membayar kompaun dalam masa 14 hari juga akan diberi diskaun 25 peratus.

Related posts

Leave a Comment