140 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 5 Okt. – Sebanyak 140 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam termasuk satu kes import yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 8,044 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Awang Haji Md. Isham Jaafar berkata, empat kluster baharu dikesan iaitu kluster rumah persendirian yang merekodkan 31 kes manakala kes import melibatkan ketibaan dari Limbang, Sarawak pada 4 Oktober lalu.

Dua kluster – Kluster Jabatan Imigresen dan Kluster Samima – dututup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari manakala jumlah kluster masih aktif adalah 144.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat 41 tambahan kes-kes baharu kepada 16 kluster aktif yang mempunyai kontak rapat kes positif

Terdapat 67 kes yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Dr Md Isham juga memaklumkan sebanyak 133 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 5,634 manakala kes aktif 2,350.

Menurut beliau lagi dalam kalangan kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, tujuh kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan dua kes memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

“Sementara itu, 32 kes lain dikategorikan dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan adalah di bawah pemantauan rapi,” katanya.

Related posts

Leave a Comment