Thailand catat 9,869 kes

BANGKOK 5 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan merekodkan 9,869 kes serta 92 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,657,231 kes dan 17,203 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 9,596 kes dalam kalangan orang awam dan 273 dalam kalangan banduan .

Semalam, kes baharu yang direkodkan adalah 9,930 manakala kematian pula seramai 97 orang manakala pesakit sembuh 11,152.

Bagi kes kematian, umur mangsa adalah antara 33 dan 97 tahun termasuk tiga warga Myanmar.

Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 23 orang dan pada masa yang sama mencatatkan 2,465 kes

Sementara itu, 17 kes import melibatkan ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  (2), Qatar (1), Rusia (5),  (1), Sweden (6) dan Malaysia (2).

Semalam sebanyak 108,373 pesakit Covid-19 mendapatkan rawatan di hospital termasuk  3,013 pesakit yang teruk dan 701 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment