Sarawak mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 2 Okt. – Sarawak kekal mencatatkan kes tertinggi malahan menjadi negeri tunggal dengan kes melebihi 2,000 iaitu dengan 2,121 kes. Ini diikuti Selangor dengan 1,386 kes, Kelantan 1,288 dan Johor 1,124. Secara keseluruhan jumlah jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan apabila 10,915 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari berbanding 11,889 semalam,. Jumlah kumulatif kes adalah 2,268,499 Sementara itu Sabah  merekodkan sebanyak 784 kes; Kuala Lumpur 171, Kedah 574, Pulau Pinang 768 dan Perak 862. Selain itu, Negeri Sembilan sebanyak 211 kes; Pahang 504, Melaka 216, Terengganu 818, Labuan (empat) dan…

Read More

14,786 kes baharu Filipina

MANILA 2 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 14,786 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,580,173. Setakat pukul 6 petang ini, kes sembuh yang direkodkan pula adalah sebanyak 2,397,456 termasuk 894 yang dilaporkan pulih hari ini. Jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 38,656 orang termasuk 164 kematian yang dilaporkan hari ini. Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di Filipina, sebanyak 5.6 peratus atau 144,061 adalah kes aktif.

Read More

11,375 kes jangkitan baharu Thailand

BANGKOK 2 Okt. – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Thailand hari ini kurang daripada 100 kes seperti direkodkan sebelum ini iaitu 87 dengan kes jangkitan baharu pula sebanyak 11,375. Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 16,937 dan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,626,604. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 11,191 kes dalam kalangan orang awam termasuk 17 kes import  dan 184 banduan. Setakat Jumaat, sebanyak 13,127 orang dilaporkan sembuh dan keluar dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,496,273. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 25 kematian dan…

Read More

FDA bincang vaksin kanak-kanak

WASHINGTON 2 Okt. – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan perbincangan pada bulan ini untuk mengkaji data mengenai vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak. FDA juga akan membincangkan mengenai kelulusan dos penggalak daripada vaksin Moderna dan Johnson & Johnson. Pengumuman FDA pada Jumaat itu susulan pihak berkuasa kesihatan berusaha mengurangkan kemungkinan peningkatan kes pada musim luruh dengan sekolah-sekolah kembali dibuka semula di seluruh negara. Panel Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan (VRBPAC) FDA akan mengadakan mesyuarat pada 14 Oktober untuk membincangkan dos tambahan vaksin Moderna dan…

Read More

AS rekod 700,000 kematian Covid-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan lebih 700,000 kematian akibat Covid-19 semalam (1 Okt.) dengan jumlah kes pula lebih 43.61 juta mengatasi negara-negara lain di dunia. Pada masa yang sama angka global menunjukkan 4.78 juta meninggal dunia manakala jumlah kes pula mencecah lebih 234 juta. Berdasarkan pelbagai data yang dikumpul, AS mencatat purata lebih 2,000 kematian setiap hari sepanjang minggu lalu. Penyelidik di Universiti Washington pula meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang. Angka kematian akibat koronavirus di seluruh dunia dijangka melepasi 5 juta…

Read More

Covid-19 : Operasi Pulih di Brunei

BERAKAS 2 Okt. – Brunei Darussalam mengambil langkah mengekang penularan pandemik Covid-19 melalui  ‘Operasi Pulih’ selama dua minggu mulai Isnin ini, 4 Oktober sehingga 17 Oktober. Operasi Pulih ini adalah lanjutan langkah-langkah pengawalan yang telah diumumkan pada 3 September lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dr. Mohd. Amin Liew Abdullah berkata dalam tempoh dua minggu ini beberapa strategi tambahan akan juga dilaksanakan. Ini termasuk agensi-agensi penguatkuasaan akan mempertingkatkan pengawasan (surveillance) dan aktiviti penguatkuasaan (enforcement) agar orang ramai terus bekerjasama mematuhi arahan-arahan sekatan yang dikeluarkan.…

Read More

Lebih 6.22 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 6.22 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 2 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University. China  mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 897 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 392 juta dos. Brazil mencatatkan lebih 237 juta dos sementara Jepun melebihi 164 juta manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatatkan angka melepasi 100,000 dos. Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan 144 juta dos diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta. Sementara itu Singapura pula merekodkan lebih…

Read More

Jangan berborak sambil minum

SINGAPURA 2 Okt. – Selepas warga emas dinasihatkan supaya duduk di rumah, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam menasihatkan golongan itu tidak makan di premis atau berborak sambil minum di pusat penjaja. Golongan itu digalakkan menempah makanan untuk dibawa pulang dan bukan duduk makan di premis di tengah-tengah kenaikan kes Covid-19. “Mereka khususnya harus mengelakkan makan di luar atau berborak sambil minum di pusat penjaja buat masa ini,” kata NEA dalam kenyataan. Menurut NEA, warga emas boleh menimbangkan untuk meminta anggota keluarga serumah membelikan makanan untuk mereka. Nasihat itu dikeluarkan sehari…

Read More

Kes harian Singapura cecah 2,909

SINGAPURA 2 Okt. –  Selama seminggu, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura terus menunjukkan peningkatan apabila semalam merekodkan 2,909 kes dengan lapan kematian akibat komplikasi disebabkan koronavirus itu. Di samping itu, semalam terdapat juga 12 kes import, dengan tujuh daripada mereka dikesan semasa tiba di Singapura dan baki lima mula sakit semasa menjalani notis jangan keluar rumah atau pengasingan. Dengan perkembangan ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 99,430 dan jumlah meninggal dunia pula 103 orang. Menurut rekod, jumlah kes semalam adalah yang tertinggi selepas 2,478 kes pada hari Khamis (30…

Read More