Lebih 6.22 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 6.22 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 2 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China  mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 897 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 392 juta dos.

Brazil mencatatkan lebih 237 juta dos sementara Jepun melebihi 164 juta manakala

Turki, Jerman dan Mexico mencatatkan angka melepasi 100,000 dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan 144 juta dos diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.

Sementara itu Singapura pula merekodkan lebih 9.2 juta dos vaksin termasuk 236,849 suntikan perangsang.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura, 82 peratus penduduk Singapura selesai menjalani regimen penuh vaksinasi atau menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 85 peratus sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment