14,786 kes baharu Filipina

MANILA 2 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 14,786 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,580,173.

Setakat pukul 6 petang ini, kes sembuh yang direkodkan pula adalah sebanyak 2,397,456 termasuk 894 yang dilaporkan pulih hari ini.

Jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 38,656 orang termasuk 164 kematian yang dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di Filipina, sebanyak 5.6 peratus atau 144,061 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment