11,375 kes jangkitan baharu Thailand

BANGKOK 2 Okt. – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Thailand hari ini kurang daripada 100 kes seperti direkodkan sebelum ini iaitu 87 dengan kes jangkitan baharu pula sebanyak 11,375.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 16,937 dan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,626,604.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 11,191 kes dalam kalangan orang awam termasuk 17 kes import  dan 184 banduan.

Setakat Jumaat, sebanyak 13,127 orang dilaporkan sembuh dan keluar dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,496,273.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 25 kematian dan pada masa yang sama mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 1,241 kes.

Selain Bangkok, turut mencatatkan kes yang agak tinggi adalah Yala 738, Samut Prakan 646 , Chounburi, 638, Nakhon Si Thammarat 524, Narathiwat 495, Songkhla 434, dan Pattani 311.

Bagi  17 kes import pula adalah dari New Zealand (1), Taiwan (1), Qatar (1), Amerika Syarikat  (1), the United Kingdom (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Kemboja (5) Malaysia (2) dan Myanmar (4).

Related posts

Leave a Comment