Sarawak mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 2 Okt. – Sarawak kekal mencatatkan kes tertinggi malahan menjadi negeri tunggal dengan kes melebihi 2,000 iaitu dengan 2,121 kes.

Ini diikuti Selangor dengan 1,386 kes, Kelantan 1,288 dan Johor 1,124.

Secara keseluruhan jumlah jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan apabila 10,915 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari berbanding 11,889 semalam,.

Jumlah kumulatif kes adalah 2,268,499

Sementara itu Sabah  merekodkan sebanyak 784 kes; Kuala Lumpur 171, Kedah 574, Pulau Pinang 768 dan Perak 862.

Selain itu, Negeri Sembilan sebanyak 211 kes; Pahang 504, Melaka 216, Terengganu 818, Labuan (empat) dan Putrajaya 26 dan Perlis 58.

Pada masa sama, daripada 10,915 kes harian yang dilaporkan hari ini, 139 kes atau 1.3 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 10,776 kes atau 98.7 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 10,915 kes, 10,908 adalah membabitkan penularan tempatan manakala baki tujuh adalah kes import dengan 726 membabitkan bukan warganegara.

Daripada 888 kes iaitu 832 disahkan Covid-19 dan 56 kes disyaki kini memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 484 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti dan menjadikan keseluruhan kluster yang masih aktif ialah sebanyak 1,044.

Setakat 30 September lalu, sebanyak 177,220 warga emas atau 7.9 peratus dijangkiti wabak COVID-19.

Sebanyak 106 kluster membabitkan warga emas dilaporkan dengan sejumlah 3,598 kes positif Covid-19 termasuk 220 kes kematian dilaporkan dalam kluster terbabit.

Pada tahun ini sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-38, sebanyak 14,248 atau 56.6 peratus kes kematian Covid-19 membabitkan warga emas dilaporkan.

Namun trend itu mula menurun selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 2021 (PICK).

Sehingga 29 September 2021, seramai 3,148,438 atau 87.4 peratus warga emas lengkap divaksin dan 3,365,443 (93.4 peratus) warga emas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment