Arab Saudi catat 45 kes

RIYADH 1 Okt. – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah paras 50 kes apabila merekodkan 45 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 547,179. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kes meninggal dunia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,719 kematian. Sebanyak 48 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 536,226 orang. Daerah Al Bahah merekodkan kes harian tertinggi diikuti Riyadh. Sebanyak 210 kes dalam keadaan kritikal. Sementara itu, mulai 10 Oktober ini, vaksinasi lengkap menjadi prasyarat untuk menyertai sebarang aktiviti ekonomi, perdagangan,…

Read More

Australia buka semula sempadan Nov

CANBERRA 1 Okt. – Selepas ditutup selama 18 bulan, Australia akan membuka semula sempadannya kepada perjalanan antarabangsa mulai bulan depan, sebulan lebih awal. Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata bahawa sekatan perjalanan itu akan dimansuhkan apabila sasaran vaksinasi sepenuhnya mencapai 80 peratus, iaitu diramalkan akan dicapai menjelang bulan depan. “Kami boleh membuka semula sempadan antarabangsa dan akan membolehkan rakyat Australia yang sudah divaksin sepenuhnya, serta penduduk Australia di luar negara yang sudah menerima vaksinasi sepenuhnya, kembali melakukan perjalanan,” kata Scott Morrison dalam satu kenyataan media. Sekatan perjalanan di lapangan terbang…

Read More

Kapasiti harian umrah 100,000

RIYADH 1 Okt. – Kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang, bermula hari ini, dengan bilangan jemaah solat fardu turut dinaikkan kepada 60,000 orang, demikian pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Pihak kementerian membuat penyelarasan dengan agensi berkaitan bagi melaksanakan pelan strategik yang menumpukan kepada kesihatan dan keselamatan, sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah serta pengunjung sebulan. Pada awal bulan lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan seramai 10 juta jemaah sudah mengerjakan ibadah umrah sejak pelancaran ‘model umrah yang selamat’ pada 4 Oktober 2020.…

Read More

11,710 kes kategori 1 & 2

PUTRAJAYA 1 Okt. – Hanya 1.5 peratus atau 179 daripada 11,889 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, terdiri daripada individu dalam kategori tiga, empat dan lima. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 11,710 kes atau 98.5 peratus pula terdiri daripada mereka dalam kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua atau bergejala ringan. Kategori tiga adalah mereka yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima memerlukan bantuan pernafasan. Daripada jumlah kes baharu itu, 11,875 kes melibatkan penularan dalam negara membabitkan 11,000…

Read More

Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 1 Okt . – Malaysia mencatatkan sebanyak 11,889 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 2,257,584 kes. Hanya tiga negeri merekodkan angka empat digit manakala tujuh negeri melepasi 500 kes, tiga negeri melepasi 100 kes, dua negeri kurang 100 kes. Sarawak masih lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi sebanyak 2,413 kes, disusuli Selangor dengan 1,568 kes positif baharu dan Johor dengan 1,217 kes. Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka…

Read More

Peluang rentas negeri makin hampir

PUTRAJAYA 1 Okt. – Rakyat semakin hampir untuk merentas negeri apabila seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.2 peratus atau 22,042,703 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,255,398 individu atau 62 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. Setakat semalam, sebanyak 72.1 peratus atau 23,540,977…

Read More

Sinovac bagi remaja 12 tahun

PUTRAJAYA 1 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia, kepada remaja berusia 12 tahun dan ke atas di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 yang bersidang hari ini. KKM sebelum ini meluluskan pendaftaran bersyarat terhadap CoronaVac bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke atas. Beliau berkata, ia adalah kelulusan bersyarat kedua vaksin…

Read More

Kes di Singapura meningkat 2,478

SINGAPURA 1 Okt. – Sebanyak 2,478 kes baharu Covid-19 direkodkan dan dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 96,521 kes dan 95 kematian. Ini merupakan peningkatan kes harian yang tertinggi di Singapura selepas 2,268 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan ( MoH), dua lagi wanita warga emas meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, penduduk tetap berusia 79 tahun dan warga Singapura berusia 87 tahun – belum divaksin terhadap Covid-19. Kedua-dua mereka mempunyai pelbagai penyakit sedia ada dan sepanjang September,  40 kematian dicatatkan. Daripada 2,478 kes baharu Covid-19 itu, sebanyak 2,022 adalah…

Read More

Warga emas duduklah di rumah

SINGAPURA 1 Okt. – Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota keluarga yang tinggal sebumbung dengan mereka, sangat digalakkan duduk di rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 ketika lonjakan kes sekarang. Menurut Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) semalam, adalah lebih baik mereka duduk di rumah terutama sekali jika mereka belum divaksin. Singapura melaporkan lebih 1,000 kes tempatan pada kebanyakan hari pada separuh kedua September, sekali gus mencatat rekod baharu bagi jumlah kes harian tertinggi. AIC melaporkan warga emas merangkumi lebih separuh daripada kes-kes tempatan sepanjang dua minggu lalu…

Read More