22 kes baharu di Thailand

INDONESIA mencatatkan 3,509 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 278,722 kes.

Data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, seramai 131,361 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 September, sebanyak 87 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian kumulatif 10,473.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 71,339 kes, dengan tambahan 898 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,138 orang, diikuti Jakarta (1,695), Jawa Tengah (1,397) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA mencatatkan 15 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk dua kes dalam komuniti yang membabitkan pemegang pas kerja.

Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura memaklumkan terdapat enam kes import yang kesemuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Dengan perkembangan terkini itu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di republik berkenaan kini mencecah 57,715.

Setakat ini, MoH telah mengklasifikasikan 1,046 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,245 sebagai kes komuniti dan 54,409 melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 57,367 kes pulih sepenuhnya dan sebanyak 31 kes yang disahkan masih dirawat di hospital

Sementara itu, 275 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan.

THAILAND merekodkan 22 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,545 manakala kematian kekal 59.

Sebanyak 16 kes import dari Sudan, empat India, masing-masing satu kes dari Pakistan dan Filipina.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes dari Sudan Selatan itu melibatkan anggota tentera yang pulang dari operasi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Mereka tiba dengan pesawat khas pada Selasa dan dikuarantin dan hasilnya pada Sabtu mereka didapati positif.

Seorang lagi, anggota tentera berusia 24 tahun yang belajar di Filipina disahkan positif pada Sabtu selepas tiba pada Rabu dan dikuarantin di Chan Buri. Turut positif, pelajar dari Pakistan yang tiba pada 13 September.

Empat kes dari India melibatkan warganegara India di mana tiga daripadanya tiba Rabu iaitu seorang ibu, 35, bersama anak perempuan berusia tujuh tahun, serta seorang ahli perniagaan, 38. Kes keempat pula seorang lelaki, 30.

FILIPINA setakat pukul  4 petang hari ini, 28 September 2020, melaporkan 3,073 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 307,288.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan sebanyak 37 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 5,381DoH juga mengumumkan 163 kes sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pemulihan meningkat kepada 252,665. Kes aktif pula 49,242

Related posts

Leave a Comment