Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 1 Okt . – Malaysia mencatatkan sebanyak 11,889 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 2,257,584 kes.

Hanya tiga negeri merekodkan angka empat digit manakala tujuh negeri melepasi 500 kes, tiga negeri melepasi 100 kes, dua negeri kurang 100 kes.

Sarawak masih lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi sebanyak 2,413 kes, disusuli Selangor dengan 1,568 kes positif baharu dan Johor dengan 1,217 kes.

Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka (378); Kuala Lumpur (289); Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36) dan Labuan dengan dua kes baharu.

Related posts

Leave a Comment