Peluang rentas negeri makin hampir

PUTRAJAYA 1 Okt. – Rakyat semakin hampir untuk merentas negeri apabila seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.2 peratus atau 22,042,703 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,255,398 individu atau 62 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Setakat semalam, sebanyak 72.1 peratus atau 23,540,977 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 52,774 atau 1.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 329,163 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) adalah 43,696,743 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment