Arab Saudi catat 45 kes

RIYADH 1 Okt. – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi masih di bawah paras 50 kes apabila merekodkan 45 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 547,179.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kes meninggal dunia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,719 kematian.

Sebanyak 48 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 536,226 orang.

Daerah Al Bahah merekodkan kes harian tertinggi diikuti Riyadh.

Sebanyak 210 kes dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, mulai 10 Oktober ini, vaksinasi lengkap menjadi prasyarat untuk menyertai sebarang aktiviti ekonomi, perdagangan, kebudayaan, hiburan, sukan dan pelancongan.

Syarat itu akan berkuat kuasa pukul 6 pagi Ahad depan.

Related posts

Leave a Comment