Kluster upacara pengebumian

KOTA KINABALU 30 Sept. – Upacara pengebumian dan menghormati kematian di Kampung Mokodou, Ranau baru-baru ini mencetuskan Kluster Mokodou dengan 94 kes jangkitan Covid-19 dikesan setakat semalam. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah  Masidi Manjun, berkata, kes indeks kluster jenis komuniti itu merupakan seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun dikesan positif Covid-19 di Hospital Ranau pada Sabtu lepas. Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, siasatan awal mendapati isteri kepada lelaki itu meninggal dunia pada 15 September lepas akibat kanser usus, dan upacara penghormatan terakhir dilakukan di rumah lelaki itu di…

Read More

85.7 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 30 Sept. – Sebanyak 85.7 peratus atau 20,053,472 individu daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi. Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.1 peratus atau 22,017,043 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,093,678 individu atau 61.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 71.5 peratus atau 23,369,913 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan…

Read More

240 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Sept. – Sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,935 kes. Data KKM di portal COVIDNOW, menunjukkan jumlah itu adalah 1.17 peratus daripada 2,215,690 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Di samping itu sebanyak 71 daripada 240 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.89

PUTRAJAYA 30 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan mencatatkan sedikit peningkatan semalam dengan merekodkan 0.89 berbanding 0.88 pada hari sebelumnya. Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Melaka dan Putrajaya yang mencatatkan 1.01. Ini diikuti Pahang 0.99, Perak 0.96, Terengganu 0.96, Kelantan 0.95, Perlis 0.95, Sarawak 0.93, Johor 0.93 dan Negeri Sembilan 0.89. Sementara itu, empat negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kuala Lumpur 0.86, Kedah 0.85, Selangor 0.85, dan Sabah 0.84. Labuan mencatatkan lima kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 29 Sept. – Thailand merekodkan 10,414 kes baharu Covid-19 dan 122 kematian dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan peningkatan berbanding 9,489 kes dan 129 kematian yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes adalah 1,591,829 dan 16,620 individu meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, 10,236 melibatkan penduduk awam termasuk 10 kes import dan 178 lagi dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak 11,580 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital Bagi kes kematian pula, ia melibatkan individu berusia antara 26 dan 92 tahun termasuk dua…

Read More

Singapura bekal 100,000 dos kepada Brunei

SINGAPURA 29 Sept. – Singapura membekalkan 100,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Moderna kepada Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala untuk menangani pandemik. Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), Brunei pula akan memberikan jumlah vaksin yang sama kepada Singapura pada kemudian hari. Dalam kenyataan medianya, MFA menyifatkan perjanjian yang saling menguntungkan ini membolehkan kedua-dua negara untuk mengoptimumkan jadual vaksinasi masing-masing dalam usaha melawan Covid-19. “ Ia adalah sebahagian daripada komitmen lebih luas untuk bekerjasama dengan negara-negara jiran bagi membendung dan menangani pandemik ini,” kata MFA. Pada Ogos lalu, Singapura turut…

Read More

Dua hari catat kenaikan

PUTRAJAYA 29 Sept. – Selepas turun kepada 10,959 kes pada 27 September lalu, angka jangkitan Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 11,332 semalam dan hari ini 12,434 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,232,960 kes. Sarawak masih mendahului dengan 2,967 kes baharu, disusuli Selangor (1,362). Tiga lagi negeri yang turut mencatat empat angka kes, hari ini, ialah Johor (1,289); Kelantan (1,125); dan Sabah (1,000). Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang juga melaporkan jangkitan baharu ialah Perak (971); Pulau Pinang (863); Pahang (663); Kedah (652); Terengganu (612);…

Read More

Tiada lagi negeri Fasa 1

PUTRAJAYA 29 Sept. – Mulai 1 Oktober ini tiada lagi negeri berada di Fasa 1 selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 memutuskan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) melibatkan beberapa negeri. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor. Melaka pula beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Kedah pula beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2. Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan…

Read More