240 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Sept. – Sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,935 kes.

Data KKM di portal COVIDNOW, menunjukkan jumlah itu adalah 1.17 peratus daripada 2,215,690 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Di samping itu sebanyak 71 daripada 240 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada 240 kes kematian yang dilaporkan semalam, 47 daripadanya adalah di Johor, disusuli Selangor (41), Sabah (38), Kuala Kumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14) Perak (10), Terengganu (7), Pahang dan Melaka masing-masing 4 serta Perlis (1).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan sifar kes kematian semalam adalah Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment