Dua hari catat kenaikan

PUTRAJAYA 29 Sept. – Selepas turun kepada 10,959 kes pada 27 September lalu, angka jangkitan Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 11,332 semalam dan hari ini 12,434 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,232,960 kes.

Sarawak masih mendahului dengan 2,967 kes baharu, disusuli Selangor (1,362).

Tiga lagi negeri yang turut mencatat empat angka kes, hari ini, ialah Johor (1,289); Kelantan (1,125); dan Sabah (1,000).

Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang juga melaporkan jangkitan baharu ialah Perak (971); Pulau Pinang (863); Pahang (663); Kedah (652); Terengganu (612); Melaka (375); Kuala Lumpur (284); Negeri Sembilan (169); Perlis (79); Putrajaya (18) dan Labuan (lima).

Sementara itu, kes tempatan adalah 12,426 kes iaitu 11,591 warganegara (93.3%) dan 835 bukan warganegara (6.7%) manakala kes import pula sebanyak lapan kes melibatkan warganegara.

Sebanyak 17,000 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,037,099 sementara kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 979 kes , 565 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 12,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 207 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 12,227 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment