85.7 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 30 Sept. – Sebanyak 85.7 peratus atau 20,053,472 individu daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi.

Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.1 peratus atau 22,017,043 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,093,678 individu atau 61.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 71.5 peratus atau 23,369,913 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 338,661 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 43,367,580 dos.

Related posts

Leave a Comment