Kluster upacara pengebumian

KOTA KINABALU 30 Sept. – Upacara pengebumian dan menghormati kematian di Kampung Mokodou, Ranau baru-baru ini mencetuskan Kluster Mokodou dengan 94 kes jangkitan Covid-19 dikesan setakat semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah  Masidi Manjun, berkata, kes indeks kluster jenis komuniti itu merupakan seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun dikesan positif Covid-19 di Hospital Ranau pada Sabtu lepas.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, siasatan awal mendapati isteri kepada lelaki itu meninggal dunia pada 15 September lepas akibat kanser usus, dan upacara penghormatan terakhir dilakukan di rumah lelaki itu di Kampung Mokodou.

Ia dihadiri hampir 60 peratus penduduk kampung serta ahli keluarga daripada Kampung Tumbalang.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau berkata, kontak rapat telah dilakukan dan mengesan pertambahan bilangan kes positif di Mukim Malinsau dan Mukim Timbua dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang menghadiri majlis pengebumian di Kampung Tumbalang.

Katanya daripada 146 orang yang disaring melibatkan kluster itu, 94 orang didapati positif termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan pada Rabu.

Related posts

Leave a Comment