Kadar kebolehjangkitan naik 0.89

PUTRAJAYA 30 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan mencatatkan sedikit peningkatan semalam dengan merekodkan 0.89 berbanding 0.88 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Melaka dan Putrajaya yang mencatatkan 1.01.

Ini diikuti Pahang 0.99, Perak 0.96, Terengganu 0.96, Kelantan 0.95, Perlis 0.95, Sarawak 0.93, Johor 0.93 dan Negeri Sembilan 0.89.

Sementara itu, empat negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kuala Lumpur 0.86, Kedah 0.85, Selangor 0.85, dan Sabah 0.84.

Labuan mencatatkan lima kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment