Filipina catat 12,805 kes baharu

MANILA 29 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 12,805 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,535,732. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 186 orang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 38,164 kematian. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila jumlah keseluruhan yang direkodkan adalah 2,365,229 orang atau 93.3 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 12,236 kes pulih yang dilaporkan hari ini. Kes aktif pula adalah sebanyak 132,339 atau 5.2 peratus.

Read More

Kes harian Singapura 2,236

SINGAPURA 29 Sept. – Singapura seperti dijangka sebelum ini merekodkan lebih 2,000 kes harian apabila 2,226 kes tempatan dan 10 kes import dicatatkan setakat tengah hari semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 91,775. Sebelum ini Singapura menjangkakan kes harian boleh mencecah 1,000 atau 2,000 malahan sehingga 5,000 kes dalam minggu-minggu akan datang dan jumlah yang direkodkan semalam adalah yang tertinggi setakat ini. Daripada 2,226 kes tempatan itu, sebanyak 1,711 kes dalam kalangan masyarakat dan 515 kes melibatkan penghuni dormitori. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat lima kematian dilaporkan akibat koronavirus itu…

Read More

Covid-19 cecah lebih 232 juta kes

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini (pagi 29 September) melebihi 232 juta berikutan lebih 400,000 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Data terkini Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 43 juta kes disusuli India lebih 33.6 juta kes dan Brazil lebih 21.3 juta kes. United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki adalah antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes. Argentina mencatatkan lebih 5 juta kes diikuti dengan Colombia dan Sepanyol yang semakin menghampiri jumlah…

Read More

Meningitis berakhir 2030?

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan untuk mengakhiri wabak meningitis menjelang tahun 2030 melalui peningkatan kesedaran dan akses kepada rawatan serta diagnosis. Rancangan di peringkat global itu dilancarkan oleh agensi PBB tersebut pada Selasa (28 Sept.) bagi memerangi penyakit radang di otak dan urat saraf tunjang. Program yang dipimpin WHO ini juga bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat meningitis sebanyak 70 peratus dan mengurangkan separuh kes keseluruhan. Penyakit ini paling kerap dikesan di lebih 20 negara di Afrika. Sekiranya tidak dirawat, bakteria meningitis boleh menyebabkan wabak merebak dengan pantas – boleh…

Read More

240 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19, semalam (28 September) menjadikan jumlah keseluruhan 25,935 kes. Data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 71 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa. Portal GitHub menunjukkan hanya lima…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 29 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam terus mencatatkan penurunan iaitu 0.88 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya dan 0.92 pada 26 September lalu. Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menyamai purata kebangsaan iaitu 0.88 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi dengan 1.01. Ini diikuti Terengganu 1.00, Pahang 0.99, Perlis 0.98, manakala  Kelantan, Perak, Melaka dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.96 dan Johor mencatatkan 0.93. Empat negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.87, Kedah 0.86, Sabah 0.85 dan Wilayah Persekutuan…

Read More

Indonesia tambah 2,057 kes

JAKARTA 28 Sept. – Indonesia menambah 2,057 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 4,211,460 dengan 38,652 kes aktif. Pada masa yang sama, kes sembuh pula meningkat kepada 4,031,099 orang apabila 3,551 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Jumlah kematian juga bertambah apabila 124 kes dilaporkan dengan menjadikan jumlah keseluruhan 141,709 orang. Bagi program vaksinasi pula, jumlah penerima dos pertama adalah 88.531.137, dos kedua  49,665,718 orang dan dos ketiga 917,545 orang.

Read More

50 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Sept. – Arab Saudi hari ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19, berbanding 59 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 547,035 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,709 kematian. Sebanyak 53 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 536,079 orang. Kes tertinggi direkodkan di Al Baha sebanyak 67.6 peratus daripada keseluruhan kes diikuti Riyadh 66.9 peratus. Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 227 kes dalam keadaan kritikal

Read More