Singapura bekal 100,000 dos kepada Brunei

SINGAPURA 29 Sept. – Singapura membekalkan 100,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Moderna kepada Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala untuk menangani pandemik.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), Brunei pula akan memberikan jumlah vaksin yang sama kepada Singapura pada kemudian hari.

Dalam kenyataan medianya, MFA menyifatkan perjanjian yang saling menguntungkan ini membolehkan kedua-dua negara untuk mengoptimumkan jadual vaksinasi masing-masing dalam usaha melawan Covid-19.

“ Ia adalah sebahagian daripada komitmen lebih luas untuk bekerjasama dengan negara-negara jiran bagi membendung dan menangani pandemik ini,” kata MFA.

Pada Ogos lalu, Singapura turut menyumbang 100,000 dos vaksin Moderna kepada Brunei untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Indonesia, Thailand dan Malaysia adalah antara negara-negara yang turut menerima sumbangan vaksin Covid-19 dari Singapura.

Pada bulan lalu, MFA mengumumkan “perkongsian vaksin” bersama dengan Australia, dengan Singapura membekalkan sebanyak 500,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech kepada negara itu. Australia pula akan menyumbang jumlah yang sama pada Disember.

Related posts

Leave a Comment