Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 29 Sept. – Thailand merekodkan 10,414 kes baharu Covid-19 dan 122 kematian dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan peningkatan berbanding 9,489 kes dan 129 kematian yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes adalah 1,591,829 dan 16,620 individu meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, 10,236 melibatkan penduduk awam termasuk 10 kes import dan 178 lagi dalam kalangan banduan.

Semalam, sebanyak 11,580 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital

Bagi kes kematian pula, ia melibatkan individu berusia antara 26 dan 92 tahun termasuk dua warga Myanmar.dan juga seorang wanita mengandung yang belum mendapatkan vaksin.

Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 38 kes dan tertinggi juga bagi kes harian iaitu 1,579.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Perancis (1), Rusia(1), Jepun (1), Denmark (1), Amerika Syarikat (1), Sweden (1), Myanmar (1) dan Kemboja ( 3).

Pada Selasa, sebanyak 115,423 pesakit mendapatkan rawatan di hospital termasuk

3,232 yang kritikal dan 792 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment