Indonesia tambah 2,057 kes

JAKARTA 28 Sept. – Indonesia menambah 2,057 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 4,211,460 dengan 38,652 kes aktif. Pada masa yang sama, kes sembuh pula meningkat kepada 4,031,099 orang apabila 3,551 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Jumlah kematian juga bertambah apabila 124 kes dilaporkan dengan menjadikan jumlah keseluruhan 141,709 orang. Bagi program vaksinasi pula, jumlah penerima dos pertama adalah 88.531.137, dos kedua  49,665,718 orang dan dos ketiga 917,545 orang.

Read More

50 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Sept. – Arab Saudi hari ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19, berbanding 59 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 547,035 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,709 kematian. Sebanyak 53 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 536,079 orang. Kes tertinggi direkodkan di Al Baha sebanyak 67.6 peratus daripada keseluruhan kes diikuti Riyadh 66.9 peratus. Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 227 kes dalam keadaan kritikal

Read More

113 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Sept. – Brunei merekodkan satu lagi kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 30 orang meninggal dunia. Menteri Kesihatan Md Isham Jaafar berkata, kes melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 dan di masukkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan. Beliau juga memaklumkan mengenai 113 kes baharu, dua kes import dan empat kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 6,813 kes. Terdapat 47 kes tambahan kes-kes baharu bagi 11 kluster aktif yang sedia ada pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes…

Read More

986 di ICU 574 bantuan pernafasan

PUTRAJAYA 28 Sept. – Sebanyak 986 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu  848 kes Covid-19 dan 138 kes disyaki berkemungkinan dan kes dalam siasatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, sebanyak 574 kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 369 kes Covid-19 serta 205 kes disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan. Dalam satu kenyataan media, hari ini, beliau berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 mencecah 2,220,526 kes setakat ini termasuk 11,332 kes positif yang direkodkan hari ini. Katanya, daripada jumlah yang dicatatkan hari ini, sebanyak 11,309…

Read More

Pandemik jejas perkahwinan, kelahiran

SINGAPURA 28 Sept. –  Pandemik Covid-19 menyebabkan jumlah kelahiran dan perkahwinan rakyat Singapura kurang pada tahun lalu yang menjejas perancangan sebahagian pasangan untuk berumah tangga atau mendapatkan cahaya mata. Menurut Laporan oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) itu,  terdapat 19,430 perkahwinan rakyat Singapura pada 2020, kira-kira 12.3 peratus lebih rendah berbanding 22,165 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Sekatan yang dikenakan ke atas perhimpunan besar pada tahun lalu mungkin menyebabkan banyak pasangan menangguhkan perkahwinan mereka. Perkahwinan rakyat Singapura melibatkan pasangan berlainan negara, juga susut dari 37 peratus pada 2019 kepada…

Read More

Trend penurunan kes di Thailand

BANGKOK 28 Sept. – Thailand terus menunjukkan trend penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 9,489 kes hari ini dengan jumlah kematian pula 129 orang. Semalam, 10,288 kes Covid-19 direkodkan dengan 101 kematian dan 12,353 dengan 125 kematian pada 26 September. Daripada 9,489 kes baharu, sebanyak 9,220 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 10 kes import dan 269 dalam kalangan banduan. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,581,415 dan 16,498 orang meninggal dunia. Sebanyak 12,805 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,448,206 orang pulih. Bangkok merekodkan kes…

Read More

AS letak Singapura Tahap 3

WASHINGTON 28 Sept. – Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tahap nasihat perjalanan ke Singapura pada Tahap 3. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS meletakkan Singapura pada tahap tersebut iaitu bagi negara-negara yang mempunyai kes Covid-19 yang tinggi. AS mempunyai sistem nasihat perjalanan empat tahap. Singapura kini digolongkan dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, Australia, Kanada dan Brazil. Hong Kong dinaikkan ke Tahap 2, setara dengan India, Korea Selatan dan Kemboja. Perancis dan Malaysia adalah antara negara-negara Tahap 4 iaitu dengan kes Covid-19 yang “sangat tinggi”. CDC menyatakan rakyat Amerika sepatutnya menangguhkan…

Read More

Tangguh buka Tioman, Genting Highlands

ROMPIN 28 Sept. – Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober  ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, kata Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim. Beliau berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi mencapai 90 peratus populasi dewasa. Sehubungan itu, katanya hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan. Bagi…

Read More

Perak cecah 100,000 kes

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Perak kini mencecah 100,000 selepas 678 lagi kes baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 100,345 kes. Sarawak merekodkan 2,358 kes, turun sedikit berbanding 2,723 semalam tetapi terus mendahului negeri-negeri lain yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri sebanyak 11,332 kes. Johor pula merekodkan 1,319 kes berbanding 1,226 semalam, Selangor 1,231 (979) dan Kelantan 1,088 (983). Enam negeri merekodkan lebih 500 kes didahului Sabah yang merekodkan 965 berbanding 751 semalam, Pulau Pinang 895 (793), Kedah 819 (660), Perak 678 (713), Pahang…

Read More

Kes jangkitan Filipina cecah 2.5 juta

MANILA 28 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 2.5 juta selepas 18,449 lagi kes baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,509,177. Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina dalam kenyataan malam tadi memaklumkan sehingga pukul 9 malam, sebanyak 21,811 pesakit telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,313,412 orang pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 37,494 orang selepas 93 lagi dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun tengah hari ini, DoH dalam kenyataan memaklumkan tambahan 102 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kini 37,596 kematian. Kes aktif pula adalah 158,169.

Read More