Perak cecah 100,000 kes

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Perak kini mencecah 100,000 selepas 678 lagi kes baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 100,345 kes.

Sarawak merekodkan 2,358 kes, turun sedikit berbanding 2,723 semalam tetapi terus mendahului negeri-negeri lain yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri sebanyak 11,332 kes.

Johor pula merekodkan 1,319 kes berbanding 1,226 semalam, Selangor 1,231 (979) dan Kelantan 1,088 (983).

Enam negeri merekodkan lebih 500 kes didahului Sabah yang merekodkan 965 berbanding 751 semalam, Pulau Pinang 895 (793), Kedah 819 (660), Perak 678 (713), Pahang 677 (739), dan Terengganu 629 (691).

Melaka merekodkan 303 kes, turun sedikit berbanding 346 semalam diikuti

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 240 (176), Negeri Sembilan 89 (110), Perlis 19 (51), Wilayah Persekutuan Putrajaya 19 (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan sifar kes semalam mencatatkan tiga kes.

Related posts

Leave a Comment