113 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 28 Sept. – Brunei merekodkan satu lagi kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 30 orang meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Md Isham Jaafar berkata, kes melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 dan di masukkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Beliau juga memaklumkan mengenai 113 kes baharu, dua kes import dan empat kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 6,813 kes.

Terdapat 47 kes tambahan kes-kes baharu bagi 11 kluster aktif yang sedia ada pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya manakala 44 kes lagi masih dalam siasatan punca jangkitan.

Di samping itu,  empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster 6347 mengandungi enam kes; Kluster 6425 mengandungi empat kes; Kluster 6427 sebanyak lima kes, dan Kluster 6678 mengandungi lima kes.

Sementara itu, satu kluster ditutup iaitu Kluster 1848 selepas tiada kes baharu dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kluster masih aktif 113.

Dua kes import pula melibatkan ketibaan dari Manila pada 15 September melalui

Royal Brunei BI 684.

Kes sembuh pula meningkat kepada 4,582 termasuk 139 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 2,185 adalah kes aktif.

Dalam kalangan kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tujuh  kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO). Sementara itu, 34 kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment