Kes jangkitan Filipina cecah 2.5 juta

MANILA 28 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 2.5 juta selepas 18,449 lagi kes baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,509,177.

Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina dalam kenyataan malam tadi memaklumkan sehingga pukul 9 malam, sebanyak 21,811 pesakit telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,313,412 orang pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 37,494 orang selepas 93 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun tengah hari ini, DoH dalam kenyataan memaklumkan tambahan 102 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kini 37,596 kematian.

Kes aktif pula adalah 158,169.

Related posts

Leave a Comment