AS letak Singapura Tahap 3

WASHINGTON 28 Sept. – Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tahap nasihat perjalanan ke Singapura pada Tahap 3.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS meletakkan Singapura pada tahap tersebut iaitu bagi negara-negara yang mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

AS mempunyai sistem nasihat perjalanan empat tahap.

Singapura kini digolongkan dengan negara-negara lain termasuk Indonesia, Australia, Kanada dan Brazil.

Hong Kong dinaikkan ke Tahap 2, setara dengan India, Korea Selatan dan Kemboja.

Perancis dan Malaysia adalah antara negara-negara Tahap 4 iaitu dengan kes Covid-19 yang “sangat tinggi”.

CDC menyatakan rakyat Amerika sepatutnya menangguhkan perjalanan tidak penting ke Singapura jika mereka tidak divaksin.

Angka kes harian Covid-19 di Singapura kian meningkat dengan lebih 1,600 kes dicatatkan semalam.

Namun, lebih 80% penduduk Singapura sudahpun divaksin sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment