Arab Saudi turun kepada 63 kes

RIYADH 20 Sept. – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 63 kes, berbanding 70 kes yang direkodkan semalam dan 68 kes pada 18 September. Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi individu dilaporkan meninggal dunia, berbanding semalam lima kes dan pada 18 September juga lima kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 546,612 kes dan 8,667 orang meninggal dunia sejak pandemik itu mula dikesan . Sebanyak 71 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pulih sebanyak…

Read More

Singapura terima 101,000 dos

SINGAPURA 20 Sept. – Sebanyak 101,000 dos vaksin Sinovac tiba di Singapura pada hari ini, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung. Tempahan itu adalah daripada institusi-institusi jagaan kesihatan swasta dan Kementerian Kesihatan (MoH) membantu untuk memudahkan penghantaran tempahan itu di bawah laluan akses khas. “(Vaksin ini) akan memanfaatkan individu-individu seperti mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin mRNA,” kata Ong dalam catatannya di Facebook. Menurut Ong, dua peratus penduduk Singapura sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Sinovac, yang ditadbir oleh MOH serta klinik privet yang diluluskan. Menteri itu turut mendedahkan bahawa…

Read More

214 kes baharu, 2 kematian di Brunei

BERAKAS 20 Sept. – Brunei Darussalam merekodkan dua lagi kematian akibat Covid-19 dan menambah 214 kes baharu termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 25 orang meninggal dunia dan 5,261 kes. Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata, kematian melibatkan dua lelaki berusia 67 tahun dan 59 tahun yang kedua-duanya mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Tujuh kluster dikesan iaitu Kluster 3440 dengan empat kes, Kluster 4323 (3 kes), Kluster 4944 (15 kes), Kluster 4868 (10 kes), Kluster 4917 (12 kes), Kluster Hua Ho Manggis Mall (12 kes), dan Kompleks…

Read More

Pfizer, BioNTech untuk kanak-kanak

PFIZER dan BioNTech menyatakan vaksin keluaran kedua-dua syarikat itu berupaya mencetuskan tindak balas imun yang kuat dalam tubuh kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Justeru kedua-dua syarikat tersebut merancang untuk meminta kelulusan bagi menggunakan vaksin masing-masing pada kanak-kanak dalam kumpulan usia tersebut di Amerika Syarikat, Eropah dan tempat-tempat lain secepat mungkin. Syarikat-syarikat itu menyatakan bahawa vaksin mereka mencetuskan tindak balas imun dalam kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dalam ujian klinikal Fasa II/III, setara dengan apa yang diperhatikan pada golongan 16 hingga 25 tahun. Profil keselamatan secara amnya setanding dengan…

Read More

Rentas negeri di luar senarai 10 SOP

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kelonggaran untuk merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Beliau menjelaskan, keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri diteliti Jawatankuasa Khas Pemulihan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. “Kelonggaran merentas negeri, semuanya bergantung kepada fasa dalam PPN negeri yang berkenaan, tetapi syor datang daripada menteri bertanggungjawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik serta Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19. “Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 diadakan…

Read More

Kes harian negara 14,345

PUTRAJAYA 20 Sept. – Tujuh negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian dengan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,611 berbanding 2,707 semalam manakala Wilayah Persekutuan Labuan kekal dengan sifar kes. Secara keseluruhan jumlah kumulatif harian kes turun kepada 14,345 berbanding 14,954 kes yang direkodkan semalam manakala jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 2,112,175. Johor menduduki tempat kedua tertinggi dengan merekodkan 1,598 kes berbanding 1,948 semalam,  Selangor 1,365 (2,028), Sabah 1,255 (1,356), Pulau Pinang 1,170 (1,259), Perak 1,090 (1,222) dan Kelantan 1,050 (1,420). Kedah pula merekodkan 967 kes berbanding 809…

Read More

Trend penurunan kes di Thailand

BANGKOK 20 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan trend penurunan apabila hari ini Thailand merekodkan 12,709 kes berbanding 13,576 semalam dan 14,109 pada 18 September lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 1,489,186 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, 11,851 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 11 kes import dan 858 adalah dalam kalangan banduan. Bangkok mendahului wilayah lain dengan merekodkan 2,831 kes diikuti Samut Prakan 942, Chonburi 532 dan Rayong 451. Sebanyak 106 kematian juga dilaporkan, 52 daripadanya direkodkan di Bangkok dan…

Read More

18,937 kes jangkitan di Filipina

MANILA 20 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,937 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,385,616. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 20,171 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 2,171,832 orang atau 91.0 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, 146 individu dilaporkan meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,934 orang. Kes aktif pula 176,850 turun sedikit berbanding 178,196 yang direkodkan semalam. Menurut DoH, terdapat lima makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19…

Read More

85,076 remaja divaksin

PUTRAJAYA 20 Sept. – Seramai 85,076 remaja sudah divaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang sudah dimulakan di Labuan, Sabah, Sarawak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menurut beliau, setakat ini tiada kesan sampingan serius yang dilaporkan dalam kalangan mereka. Khairy berkata, PICK Remaja menyasarkan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun untuk diberikan suntikan vaksin dan sehingga 15 September lalu, pihaknya sudah memberi kelulusan kepada semua remaja dalam lingkungan usia berkenaan untuk mendapatkannya. “PICK Remaja ini penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada Oktober ini, dengan keutamaan…

Read More

40.3 juta vaksin Covid-19 disuntik

PUTRAJAYA 20 Sept. – Sebanyak 40,375,056 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lepas. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), semalam, sebanyak 219,081 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap. Setakat malam tadi, 18,453,322 individu atau 78.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin manakala 93.3 peratus atau 22,001,266 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos. Lembah Klang mendahului jumlah yang lengkap vaksinasi iaitu 6,566,450 diikuti Johor 1,885,598, Sarawak 1,822,564, Sabah…

Read More