18,937 kes jangkitan di Filipina

MANILA 20 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,937 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,385,616.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 20,171 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 2,171,832 orang atau 91.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, 146 individu dilaporkan meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,934 orang.

Kes aktif pula 176,850 turun sedikit berbanding 178,196 yang direkodkan semalam.

Menurut DoH, terdapat lima makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, lima makmal ini menyumbang kira-kira 1.6 peratus daripada semua sampel yang diuji dan 1.7 peratus daripada semua individu positif.

Justeru, menurut DoH, beberapa hari lagi, angka jangkitan mungkin meningkat.

Related posts

Leave a Comment