Arab Saudi turun kepada 63 kes

RIYADH 20 Sept. – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 63 kes, berbanding 70 kes yang direkodkan semalam dan 68 kes pada 18 September.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi individu dilaporkan meninggal dunia, berbanding semalam lima kes dan pada 18 September juga lima kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 546,612 kes dan 8,667 orang meninggal dunia sejak pandemik itu mula dikesan .

Sebanyak 71 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pulih sebanyak 535,602.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 15 kes diikuti Riyadh sebanyak 13 kes, Timur tujuh dan Madinah lima.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 2,343 kes aktif direkodkan dan 339 berada dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment