Trend penurunan kes di Thailand

BANGKOK 20 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan trend penurunan apabila hari ini Thailand merekodkan 12,709 kes berbanding 13,576 semalam dan 14,109 pada 18 September lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 1,489,186 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 11,851 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 11 kes import dan 858 adalah dalam kalangan banduan.

Bangkok mendahului wilayah lain dengan merekodkan 2,831 kes diikuti Samut Prakan 942, Chonburi 532 dan Rayong 451.

Sebanyak 106 kematian juga dilaporkan, 52 daripadanya direkodkan di Bangkok dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,469 orang meninggal dunia.

Sebelas kes import adalah tujuh dari Kemboja, dua dari Amerika Syarikat dan masing-masing satu dari Israel dan Myanmar.

Semalam, Ahad sebanyak 132,573 pesakit menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 3,592 pesakit yang serius dan 773 bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Gabenor Metropolitan Bangkok, Apisamai Srirungson berkata, 70 peratus daripada penduduk ibu negara itu perlu divaksin sebelum membuka pintu kepada pelancong yang siap disuntik vaksin.

Ketika ini, hanya 42 peratus daripada tujuh juta penduduk Bangkok telah lengkap vaksinasi dua dos.

Related posts

Leave a Comment