Korban New York atasi 9/11

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 3,202 mangsa meninggal dunia di bandar raya New York akibat Covid-19, mengatasi jumlah korban dalam serangan pengganas 9/11 hampr dua dekad lalu.

Agensi berita Reuters melaporkan, perkara itu disahkan pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam.(Selasa).

Ketika serangan 11 September 2001, sebanyak 2,753 terbunuh apabila pesawat merempuh menara berkembar World Trade Center dan secara keseluruhannya 2,977 mangsa maut termasuk dalam episod serangan di Pentagon dan Pennsylvania.

Untuk rekod, pada pagi 11 September 2001, AS berdepan siri serangan terancang oleh pengganas yang dipertanggungjawab atas kumpulan ekstremis al-Qaeda, meskipun terdapat banyak laporan kemudiannya yang menyatakan kemungkinan tragedi itu satu konspirasi dalaman AS sendiri.

Serangan itu mengakibatkan 2,977 nyawa terkorban, kebanyakannya yang berada dalam bangunan World Trade Center.Kejadian itu menyebabkan lebih 25,000 orang cedera, selain kerugian harta benda dan infrastruktur yang mencecah nilai sekurang-kurangnya AS$10 bilion.

New York pada Selasa mencatatkan sejumlah 731 kematian baharu akibat Covid -19, menjadikan ia lonjakan tertinggi setakat ini, iaitu hampir 5,500 untuk seluruh wilayah itu, kata Gabenor Andrew Cuomo.

Namun dari satu sudut, Cuomo menyatakan bahawa purata pesakit yang dimasukkan ke hospital menunjukkan pengurangan, termasuk mereka yang diberi bantuan pernafasan.

Itu sekali gus, menurut Cuomo, menunjukkan bahawa amalan penjarakan sosial menunjukkan hasil.

Meskipun angka terbaharu agak mengejutkan, Cuomo berkata ia bagaimanapun satu indikator yang terlambat, iaitu merujuk kepada mereka yang telahpun dimasukkan ke hospital pada minggu sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment