214 kes baharu, 2 kematian di Brunei

BERAKAS 20 Sept. – Brunei Darussalam merekodkan dua lagi kematian akibat Covid-19 dan menambah 214 kes baharu termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 25 orang meninggal dunia dan 5,261 kes.

Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata, kematian melibatkan dua lelaki berusia 67 tahun dan 59 tahun yang kedua-duanya mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Tujuh kluster dikesan iaitu Kluster 3440 dengan empat kes, Kluster 4323 (3 kes), Kluster 4944 (15 kes), Kluster 4868 (10 kes), Kluster 4917 (12 kes), Kluster Hua Ho Manggis Mall (12 kes), dan Kompleks Rimba (7).

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata kes-kes dalam kluster-kluster aktif tersebut adalah mereka yang sedang menjalani kuarantin setelah didapati mempunyai kontak bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Sebanyak 44 kes baharu lagi direkodkan bagi 13 kluster aktif sedia ada sementara 106 kes belum diketahui punca jangkitan .

Sebanyak 118 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,575 pulih manakala kes aktif pula 1,652.

Dalam kalangan kes aktif tersebut, lapan dalam keadaan kritikal, di mana tujuh daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) manakala satu kes lagi memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

Sebanyak 22 kes lain yang dikategorikan dalam Kategori 4 sekarang, ditempatkan di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

Sementara itu, satu kes import adalah ketibaan dari Singapura pada 14 September

melalui penerbangan Royal Brunei BI 422.

Related posts

Leave a Comment