Kes harian negara 14,345

PUTRAJAYA 20 Sept. – Tujuh negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian dengan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,611 berbanding 2,707 semalam manakala Wilayah Persekutuan Labuan kekal dengan sifar kes.

Secara keseluruhan jumlah kumulatif harian kes turun kepada 14,345 berbanding 14,954 kes yang direkodkan semalam manakala jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 2,112,175.

Johor menduduki tempat kedua tertinggi dengan merekodkan 1,598 kes berbanding 1,948 semalam,  Selangor 1,365 (2,028), Sabah 1,255 (1,356), Pulau Pinang 1,170 (1,259), Perak 1,090 (1,222) dan Kelantan 1,050 (1,420).

Kedah pula merekodkan 967 kes berbanding 809 semalam diikuti Pahang 779 (705),

Terengganu 804 (671), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 307 (383), Melaka 162 (207), Negeri Sembilan 125 (144), Perlis 51 (76) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 11 (19).

Related posts

Leave a Comment