88 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 15 Sept. – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian dengan merekodkan 88 kes berbanding 96 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 546,251 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,640 orang meninggal dunia. Sebanyak 70 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 535,260. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 22 kes diikuti Makkah 18 dan Madinah sembilan kes. Kes aktif pula sebanyak 2,351 dan 449 dalam keadaan kritikal .

Read More

Dua lagi kematian di Brunei

BERAKAS 15 Sept. – Dua lagi pesakit meninggal dunia hari ini dengan 135 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian dan 4,566 kes jangkitan. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, kematian melibatkan seorang wanita berusia 41 tahun dan lelaki 77 tahun yang kedua-duanya mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak enam kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster meningkat kepada 82. Menurut Dr Md Isham, Kluster 3278 merekodkan empat kes; Kluster 3892 satu kes; Kluster 3859 satu kes; Kluster 4157 empat kes;…

Read More

Boleh main bola sepak

PUTRAJAYA 15 Sept. – Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) serta tertutup (indoor) di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan bagi individu lengkap vaksin. Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti itu perlu dijalankan secara tempahan, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi selain fasiliti sentiasa disanitasi. Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan membabitkan sentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw juga dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan itu bagi individu lengkap vaksin dan dilakukan di premis…

Read More

Pelancong Langkawi wajib diuji

PUTRAJAYA 15 Sept. – Tinggal beberapa jam sebelum Langkawi ‘dibuka’ esok, semua pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi, diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ujian pengesanan Covid-19 sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen, perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Katanya, keputusan ujian itu perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk, sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas. Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan…

Read More

Andai alam boleh berkata-kata

ANDAI batu, sungai, laut, air dan pasir di pantai boleh berkata-kata, mungkin ‘permintaan yang disuarakan’ adalah “Pak Long ! kurunglah rakyat Malaysia”. Sebabnya kehadiran semula manusia mencemarkan ‘kawasan mereka’. Mungkin begitu juga hasrat patung helang di Dataran Lang Langkawi yang ditularkan sedang ‘terbang’  keluar dari pulau legenda itu. Apa maknanya apabila patung helang digambarkan mahu meninggalkan pulau itu? Helang juga bimbang dan takut dengan kebanjiran semula manusia ke Pulau Langkawi selepas kelonggaran diberikan? Alam seperti hutan, batu, air, sungai tidak boleh berkata-kata. Jika boleh berbuat demikian sudah tentu manusia akan dinasihatkan…

Read More

Filipina catat 16,989 kes

MANILA 15 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,989 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,283,011 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kes pulih menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,076,823 kes termasuk 24,123 kes yang dilaporkan sembuh hari ini. Seramai 214 lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,742 orang. Sebanyak 170,446 kes aktif direkodkan, turun berbanding 177,670 yang dilaporkan semalam.

Read More

Kes di Thailand meningkat semula

BANGKOK 15 Sept. – Jumlah kes jangkitan dan kematian Covid-19 di Thailand meningkat sedikit apabila 13,798 kes direkodkan hari ini berbanding 11,786 kes  semalam serta 144 kematian berbanding 136 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,420,340 kes dan 14,671 kematian manakala kes sembuh pula 14,133 dengan jumlah keseluruhan 1,277,029. Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 13,347 melibatkan kes dalam kalangan orang awam termasuk 22 kes import dan 451 lagi melibatkan banduan penjara. Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian adalah dalam kalangan mereka yang berumur…

Read More

Sarawak tertinggi, Labuan sifar kes

PUTRAJAYA 15 Sept. – Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,709 kes berbanding 1,983 kes yang direkodkan semalam dengan kedudukan kedua di belakang Selangor. Lapan negeri merekodkan lebih 1,000 kes manakala Labuan sifar kes sementara Perlis mencatatkan 108 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes harian negara 19,495 sekaligus jumlah kumulatif sejak pandemik mencecah 2,030,935. Selangor berada di kedudukan kedua dengan 2,710 kes, meningkat sedikit berbanding 2,632 semalam manakala Sabah mencatatkan 2,015 berbanding 1,784 yang direkodkan semalam. Johor merekodkan 1,860 (1,974), Pulau Pinang 1,757 (1,651), Kelantan…

Read More

2,500 enggan vaksinasi diasingkan

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kira-kira 2,500 guru yang enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka semula pada 3 Oktober ini.  Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata kawasan khas bagi kumpulan guru terbabit akan diasingkan daripada warga pendidik yang sudah divaksinasi serta murid.  Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang meneliti jenis tindakan susulan yang akan dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit, menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.  Mengikut rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti enggan…

Read More

Lebih 17 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 15 Sept. – Lebih 17 juta individu atau 54.1 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam. Menurut grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), sebanyak 17,653,079 orang melengkapkan vaksinasi manakala 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos. Daripada jumlah dos vaksin yang disuntik semalam, 71,658 melibatkan dos pertama manakala 172,313 adalah…

Read More