Filipina catat 16,989 kes

MANILA 15 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,989 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,283,011 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kes pulih menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,076,823 kes termasuk 24,123 kes yang dilaporkan sembuh hari ini.

Seramai 214 lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,742 orang.

Sebanyak 170,446 kes aktif direkodkan, turun berbanding 177,670 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment