Boleh main bola sepak

PUTRAJAYA 15 Sept. – Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) serta tertutup (indoor) di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan bagi individu lengkap vaksin.

Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti itu perlu dijalankan secara tempahan, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi selain fasiliti sentiasa disanitasi.

Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan membabitkan sentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw juga dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan itu bagi individu lengkap vaksin dan dilakukan di premis mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.

“Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan dan premis yang sama dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih turut dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), Pusat Jagaan Harian dan Pusat Perkembangan Minda di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

dibenarkan beroperasi.

Katanya, pengendali dan pekerja di pusat itu perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kolam memancing juga dibenarkan beroperasi, dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap dan ketetapan mengikut fasa PPN.

Bagi Fasa 1, dari jam 6 pagi hingga 8 malam di daerah sama dan Fasa 2, 6 pagi hingga 10 malam di negeri sama.

Related posts

Leave a Comment