Lebih 17 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 15 Sept. – Lebih 17 juta individu atau 54.1 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Menurut grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), sebanyak 17,653,079 orang melengkapkan vaksinasi manakala 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Daripada jumlah dos vaksin yang disuntik semalam, 71,658 melibatkan dos pertama manakala 172,313 adalah dos lengkap.

Johor mendahului dengan dos lengkap iaitu 34,163 dos, Sabah 19,715 dos dan Kuala Lumpur 19,586 dos manakala bagi dos pertama didahului Perak 16,801, Johor 12,210 dan Sabah 6,768.

Related posts

Leave a Comment