Kes di Thailand meningkat semula

BANGKOK 15 Sept. – Jumlah kes jangkitan dan kematian Covid-19 di Thailand meningkat sedikit apabila 13,798 kes direkodkan hari ini berbanding 11,786 kes  semalam serta 144 kematian berbanding 136 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,420,340 kes dan 14,671 kematian manakala kes sembuh pula 14,133 dengan jumlah keseluruhan 1,277,029.

Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 13,347 melibatkan kes dalam kalangan orang awam termasuk 22 kes import dan 451 lagi melibatkan banduan penjara.

Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes kematian adalah dalam kalangan mereka yang berumur 22 dan 96 tahun dan kematian melibatkan warga Myanmar, dua Kemboja,

Bangkok terus mencatatkan kematian tertinggi iaitu 43 kes, diikuti Samut Prakan (20), Pathum Thani (7), Samut Sakhon (5), Nonthaburi (5) dan Nakhon Pathom (4).

Sebanyak 12,117 kes disahkan di hospital dan 1,208 melalui ujian pengesanan.

Bangkok juga merekodkan 2,772 kes harian tertinggi diikuti Samut Prakan 1,351, Chonburi  835, Rayong 680, Ratchaburi 487, dan Samut Sakhon 404.

Sementara itu 22 kes import adalah dari Malaysia (5), Myanmar (12) dan Kemboja  (5).

Pada Selasa, sebanyak 128,546 orang menerima rawatan di hospital termasuk 3,994 pesakit yang serius dan 806 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment