Sarawak tertinggi, Labuan sifar kes

PUTRAJAYA 15 Sept. – Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,709 kes berbanding 1,983 kes yang direkodkan semalam dengan kedudukan kedua di belakang Selangor.

Lapan negeri merekodkan lebih 1,000 kes manakala Labuan sifar kes sementara Perlis mencatatkan 108 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes harian negara 19,495 sekaligus jumlah kumulatif sejak pandemik mencecah 2,030,935.

Selangor berada di kedudukan kedua dengan 2,710 kes, meningkat sedikit berbanding 2,632 semalam manakala Sabah mencatatkan 2,015 berbanding 1,784 yang direkodkan semalam.

Johor merekodkan 1,860 (1,974), Pulau Pinang 1,757 (1,651), Kelantan 1,434 (1,406),

Kedah 1,178 (1,207), dan Perak 1,174 (856).

Turut melaporkan pertambahan kes hari ini ialah Terengganu iaitu 993 berbanding 483 semalam, Pahang 766 (763), Kuala Lumpur 363 (411), Negeri Sembilan 222 (143), Melaka 190 (329), Perlis 108 (30) dan Putrajaya 16 (14).

Sementara itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan sebanyak 18,760 kes sembuh direkodkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh sehingga kini ialah 2,030,935 kes.

Sebanyak 1,272 kes pula terpaksa dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat Rabu dengan 641 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu KKM juga mengesan sebanyak 25 kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini 1,424 kluster.

Daripada jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini 1.6 peratus melibatkan kategori 3,4 dan 5, manakala 98.4 peratus kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment