88 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 15 Sept. – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian dengan merekodkan 88 kes berbanding 96 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 546,251 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,640 orang meninggal dunia.

Sebanyak 70 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 535,260.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 22 kes diikuti Makkah 18 dan Madinah sembilan kes.

Kes aktif pula sebanyak 2,351 dan 449 dalam keadaan kritikal .

Related posts

Leave a Comment