Kes di Arab Saudi berkurangan

RIYADH 14 Sept. – Arab Saudi merekodkan 96 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 546,163. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,633 orang. Seramai 46 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam recovered over the past 24 hours, raising the total number of people free from the deadly virus to 535,190. Sementara itu Riyadh merekodkan 29 kes diikuti Makkah 18 dan Madinah sembilan. Sebanyak 2,340 kes aktif direkodkan dan 459 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Read More

108 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Sept. – Brunei Darussalam menambah 108 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,431 kes, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Pada masa yang sama, tiga kluster baharu direkodkan iaitu Kluster 2034 dengan sembilan kes; Kes 4321 sebanyak tujuh kes dan Kluster Freshco Batu Satu dengan lapan kes. Semua kes kluster baharu ini termasuk juga kes yang sebelum ini tidak diketahui punca jangkitannya dan dengan perkembangan ini, jumlah kluster kini meningkat kepada 76. Di samping itu terdapat 21 kes tambahan melibatkan 10 kluster aktif…

Read More

18,056 kes baharu Filipina

MANILA 14 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,056 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,266,066 dengan kes aktif pula 177,670. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 20,542 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 2,052,867 orang atau 90.6 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 35,529 orang termasuk 222 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sementara itu DoH melaporkan terdapat 12 makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS). Berdasarkan data dalam 14 hari…

Read More

Selangor dahului semula kes

PUTRAJAYA 14 Sept. – Selepas ‘ditinggalkan’ beberapa hari, Selangor kembali mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 2,632, juga menunjukkan pertambahan kes berbanding 1,947 semalam. Selangor satu-satunya negeri yang melepasi 2,000 kes manakala enam negeri merekodkan lebih 1,000 kes yang membawa kepada jumlah kes harian negara 15,669 dan jumlah keseluruhan pula meningkat kepada 2,011,440. Sarawak yang mendahului negeri lain beberapa hari mencatatkan penurunan dengan 1,983 berbanding 3,522 semalam diikuti Johor 1,974 (2,030), Sabah 1,784 (1,649), Pulau Pinang 1,651 (1,243), Kelantan 1,406 (1,070), dan Kedah 1,207 (1,191). Melebihi 500 kes adalah Perak 856…

Read More

Wanita Orang Asli ketuai JAKOA

PUTRAJAYA 14 Sept. – Buat pertama kali, wanita Orang Asli, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkuat kuasa esok. Sapiah Mohd Nor, 56 melakar sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama mengetuai jabatan yang dikhaskan untuk Orang Asli itu. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid, ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata pelantikan Sapiah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat pelantikannya diserahkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen tengah hari ini. “Pelantikan ini menjadi sejarah kepada…

Read More

Kes turun di Thailand 11,786

BANGKOK 14 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan di Thailand apabila merekodkan 11,786 kes baharu, angka terendah direkodkan sejak  20 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,406,542. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian pula meningkat kepada 14,621 orang selepas 136 lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Terdapat 11,515 kes dalam kalangan orang awam termasuk lima kes import direkodkan manakala 271 lagi dalam kalangan banduan di penjara . Kes kematian melibatkan individu berusia antara 14 dan 98 tahun termasuk dua warga Myanmar, dua Kemboja dan…

Read More

181 SOP dikurangkan kepada 10

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Kerajaan di peringkat akhir untuk mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya kepada 10 SOP berbanding 181 yang ada ketika ini. Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses mengurangkan SOP itu dijangka mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu. Ketika ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP. “Langkah memperkemas SOP-SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk…

Read More

74.7 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 14 Sept. – Sebanyak 74.7 peratus atau 17,480,766 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 91.6 peratus atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335. Daripada jumlah itu, sebanyak 157,912 melibatkan dos lengkap dan 69,235 dos pertama. Sementara itu Lembah Klang terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi…

Read More

104 kematian, 176 kes BID

PUTRAJAYA 14 Sept. – Sebanyak 104 kes kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam. Berdasarkan pangkalan maklumat COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 309 kes kematian tertunggak atau ‘back log’ juga disahkan semalam. Mengikut perangkaan itu, sebanyak 176 kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,958 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan berupaya diberikan. Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes kematian semalam termasuk jumlah tertunggak iaitu 111 kes, diikuti Kedah (54), Johor (52), Sabah (39), Kelantan (38), Pulau Pinang (33) dan Negeri Sembilan (29). Pahang dengan…

Read More

Pakai PPE jika jalani HSO

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Mana-mana ahli Parlimen yang sedang menjalani tempoh perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menghadiri sesi pengundian di Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata, langkah tersebut pernah dilaksanakan pada persidangan 14 dan 15 Disember lalu, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19. Selain itu, beliau berkata, sistem penggiliran turut disyorkan melibatkan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, bagi setiap satu jam, sebagai langkah berjaga-jaga. “Sehubungan itu, di atas meja Yang Berhormat diletakkan surat untuk menjalani ujian…

Read More